Sunday, June 17, 2012

Testing

Testing testing  123

Wednesday, October 27, 2010

ETP


Malaysia?
Tanah airku? YA
Negara merdeka ku? YA
Negara Islam ku???? NTAH

Apabila kita mementingkan sejarah yang wajib lulus tapi kita lupa akan agama yang ternyata hukum wajib nya.

Apabila kerajaan yang disanjung menggunakan kuasa untuk menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan? Apa tanggungjawab kita sebagai orang melayu (beragama Islam)?
Kita dok senyap dan menanti kelab-kelab malam tumbuh macam cendawan selepas hujan?
Menanti lebih banyak pengedar dadah untuk menghantar pil-pil yang ntah apa-apa untuk penghuni kelab syaitan yang majoriti nyer orang melayu?

Adakah kita sanggup melihat negara yang diiktiraf sebagai negara Islam (aku tak pernah anggap Malaysia negara Islam) di label negara Islam maju dek disebabkan kelab malam?

Oh UMNO kau sekarang orang yang berkuasa dan jangan sampai engkau terus tenggelam menjadi sejarah.



**P/S : Jom p clubbing



Friday, October 01, 2010

PTPTN....kau memang bangsat...

Setiap 1hb aku bayar ptptn untuk aku dan orang tersayang...(baru start bulan lepas). Bulan lepas banyak kerja so bayar tak tengok pun penyata detail...

kali ni aku gatal tangan nak tengok...punya terkejut...kenapa???



aku punya

Aku punya aku tak la kisah sangat...sebab aku pinjam sikit jek kat si ALONG tu...



orang rumah punya

Orang rumah aku punya yang paling aku tension. Dia baru jer konvo bulan lepas...so aku start la tolong2 bayar dia punya...pas bayar aku tengok la penyata dia...sekali dia punya kos pentadbiran lagi besar dari pembayaran...so tiap-tiap bulan si ALONG dapat la RM6.67 free ello ALONG pk la sikit orang tue bru jer abis belajar...jangan la tekan dia sangat.


So as pengajaran kat semua pelajar-pelajar kat MALAYSIA...kalo nk pinjam duit PTPTN tue pikir la panjang-panjang...

Kalo rasa nk membayar hutang smpai 10 tahun pon tak abis-abis try la ngan PTPTN.

Betul la kata pak NAJIB...rakyat didahulukan (bagi diorang pinjaman) pencapaian diutamakan (PTPTN makin kaya yo....)

Syabas MALAYSIA...


Saturday, September 25, 2010

Tv3 Saluran Prima

Kenapa?


Aku rasa pelik ttg berita di Tv3...
Bukan sebab diorang memberitakan benda yg tak penting dan tak profesional...(biasala ada kabel)

Yang aku pelikkan kenapa bila berita luar negara (aku tengok berita luar negara ngan sukan jek)
bila orang putih bercakap anglish ada sarikata tp kalo indon knp xde???

sebab nyer kenapa yer???

  • org malaysia paham ckp indon?(tp citer indon adalak sarikata)
  • org malaysia tak tengok berita? (mmg major nyer xtgok berita....lagi2 berita dalam negeri....)

So to Tv3....

"Saya tak faham indon cakap...Sila letak subtitle yer...."






Friday, September 24, 2010

Ilmu

Mungkin kita pernah mendengar Julukan yang diberikan Rasulullah kepada Sayyidina Ali sebagai Pintu Ilmu (babul ’ilmi). Dan Rasulullah berkata ”Aku adalah Kota Ilmu, sedangkan Ali bin Abi Thalib adalah gerbangnya”




Pernyataan Rasulullah ini menimbulkan perasaan iri kaum Khawarij terhadap Sayyidina Ali, Dikisahkan mereka menguji Sayyidina Ali.



Sayyidina Ali akan diajukan pertanyaan yang sama oleh 10 orang dari mereka. Tapi Ali harus menjawab dengan 10 jawaban yang berbeza.



Mereka bertanya : ”Wahai Ali, Istimewa manakah antara Ilmu dan Harta?



Dan Ali menjawab kepada :



Orang pertama : Ilmu lebih istimewa daripada Harta, Sebab Ilmu adalah warisan para nabi, Sedangkan harta adalah warisan Qorun, Haman dan Fir’aun.



Orang kedua : Ilmu lebih istimewa daripada Harta, Sebab Ilmu selalu menjagamu, Sedangkan engkau harus menjaga harta milikmu.



Orang ketiga : Ilmu lebih istimewa daripada Harta, Sebab orang berilmu banyak teman, Sedangkan orang berharta banyak musuhnya.



Orang keempat : Ilmu lebih istimewa daripada Harta, Sebab ilmu bila di infaqkan semakin bertambah, Sedangkan harta bila diinfaqkan semakin berkurang.



Orang kelima : Ilmu lebih istimewa daripada Harta, Sebab orang berilmu dipanggil dengan sebutan mulia, Sedangkan orang berharta dipanggil dengan sebutan hina.



Orang keenam : Ilmu lebih istimewa daripada Harta, Sebab Ilmu tidak perlu dijaga, Sedangkan harta minta dijaga.



Orang ketujuh : Ilmu lebih istimewa daripada Harta, Sebab orang berilmu dihari akhirat dapat memberi syafaat, Sedangkan orang berharta dihari kiamat dihisab dengan berat.



Orang kelapan: Ilmu lebih istimewa daripada Harta, Sebab Ilmu bila dibiarkan saja tidak akan pernah rosak, Sedangkan harta bila dibiarkan pasti berkurang (bahkan habis dimakan)



Orang kesembilan: Ilmu lebih istimewa daripada Harta, Sebab Ilmu memberikan penerang didalam hati, Sedangkan harta dapat membuat kerusakan didalam hati (seperti timbulnya sifat takabur,ingkar).



Orang kesepuluh: Ilmu lebih istimewa daripada Harta, Sebab orang berilmu bersikap lemah lembut dan selalu berbakti kepada Allah, Sedangkan orang berharta, seringkali takbur dan ingkar kepada Allah.



Atas jawapan tersebut Kaum Khawarij mengakui kealiman Sayyidina Ali dan mengakui kebenaran Sabda rasulullah.



Dan merekapun tunduk patuh pada Sayyidina Ali.



Subhanallah…




Friday, February 12, 2010

aPER???

saje jek nk try...ok ke gn picasa nk upload gmbr...hohoho susah gak kalo tenet lembap...tp soklan nyer gambar aper tue kat sbelah...xingat dapat dari mana...so sesapa tau sound2 la yer...




Posted by Picasa

Monday, February 08, 2010

Kenapa???

2 hari membuat akuarium...tp mengapa air still cpat keroh???bengang btol...filter dah ltak...air bru jek 2kar...apekah masalah nyer...


Saturday, February 06, 2010

G-Force

Akhirnya....abis gak game G-force aku...dari taun lpas main. asik sangkut jek... satu2 cabaran aku berjaya selesaikan...ahirnya dunia aman. hahaha...mau cari game bru plak...huhu...